Noraminah Omar

Tuesday, July 15, 2014

Tip buat IBU (15) : Ditiru dan Meniru

Ramadhan sudah melangkaui 15 hari.
Kurang atau lebih, anak-anak sudah biasa dengan rutin Ramadhan.
Malah, mereka sudah melihat dan mengalami banyak perkara sepanjang separuh bulan ini.

Anak-anak lumrahnya memerhati dan mereka menuruti.
Ibu-ibu adalah antara mereka yang paling banyak diperhatikan oleh anak-anak.

Bagaimana ibu menyusun aktiviti harian?

Bagi ibu yang bekerja sepenuh masa di rumah, jadual ibu sudah tentu bersusun dengan aktiviti dalan dan luar rumah. Yang di dalam rumah sahaja sudah cukup banyak untuk anak-anak belajar.

Bagi ibu yang bekerja sepenuh masa di luar, banyak kemahiran yang ibu bawa pulang dan diperhatikan oleh anak-anak. Cara ibu bercakap, berunding dan berbincang itu memberi banyak ruang untuk anak-anak belajar dari pengalaman.


Bulan Ramadhan ini, anak-anak juga berpeluang melihat rutin ibu bersahur, menjalanai ibadah harian dan rutin ibu berbuka puasa.

Berikan anak peluang untuk mencontohi apa yang baik. Apa yang mereka dapat lihat daripada orang sekeliling, ibu, bapa dan orang dewasa yang lain semasa berpuasa.



Bagaimanakah kita tahu masanya anak mula meniru?

1. Apabila anak mula  bertanya itu dan ini.
Jawablah pertanyaan mereka satu persatu.
Apabila tidak pasti, katakan kepada merka yang kita akan carikan jawapannya.
Kemudian, beritahu mereka semula.

2. Apabila anak memerhatikan sesuatu dengan minat.
Perhatikan masanya anak-anak memberikan perhatian penuh kepada sesuatu perkara.
Beri bimbingan.

Tanyakan, apa yang adik tengok?  Biasanya anak akan memberi respon.
Berikan sahaja maklumat tanpa mengkritik sesiapa pun.


3. Apabila anak mula cuba melakukan perkara yang dilakukan oleh orang lain (orang dewasa).

Pada waktu inilah, ibu dan ahli keluarga memainkan peranan. Membimbing dengan berterusan.
Ada perkara yang mesti ditiru, dan ada yang perlu dijadikan pengajaran dan panduan.

Insyaallah, Ramadhan menjadi satu ruang terbaik untuk anak-anak meniru dan kita menjadi 'role model' kepada mereka.

Selamat berpuasa ibu!

No comments:

Post a Comment