Ramai yang menulis dan memberikan tips dan sokongan buat ibu. Sebenarnya,
peranan bapa adalah
sama besar dalam perkembangan anak-anak.
Apakah yang boleh dilakukan oleh bapa dan seorang suami kepada ibu yang sibuk mengurus dan menyediakan anak-anak untuk masuk ke tadika buat pertama kali?
Sama ada anak pertama, kedua atau ketiga,
mereka tetap mengalami fasa peralihan untuk kemasukan ke tadika.
Berikut adalah antara beberapa perkara mudah:
1. Luangkan masa berbincang bersama isteri tentang pemilihan tadika.
Berikut adalah antara beberapa perkara mudah:
1. Luangkan masa berbincang bersama isteri tentang pemilihan tadika.
Ada 2 perkara utama.
a.
Keperluan anak
Apakah tahap perkembangan anak kita itu? Apakah
kemahiran sosialnya sudah mencukupi?
Sekiranya anak kita itu anak tunggal dan kurang
pendedahan sosial, tadika dengan kapasiti kecil mungkin menjadi pilihan.
Sekiranya anak kita itu masih memerlukan bantuan ke
tandas dan masih memakai diapers, saiz kelas yang kecil dengan ‘ratio’ guru:
murid kecil adalah lebih sesuai.
Sekiranya kita sebagai ibu bapa mendapati bahawa kita
boleh bertoleransi dengan banyak perkara yang melibatkan tumpuan guru kepada
anak kita bersifat sederhana, tadika dengan kapasiti murid yang besar tidak
menjadi masalah.
b.
Kemampuan dan bajet
Duduk dan
bincangkan bersama ibu tentang bajet dan kemampuan bapa. Sama ada ibu bekerja di luar atau ibu bekerja
di rumah, ia masih perlu dibincangkan.
Apabila ibu
bekerja yang bersedia untuk menggalas sebahagian daripada perbelanjaan
pendidikan anak, ia adalah bonus.
Sebagai contoh, ada ramai ibu yang bekerjaya yang setuju untuk membayar semua yuran pusat jagaan sahaja. Yuran pembelajaran tadika termasuk kos pengangkutan diserahkan kepada bapa.
Ada sebahagian ibu dan bapa pula bersetuju untuk membahagikan perbelanjaan penjagaan dan pendidikan anak mengikut bilangan anak. Contoh, pembayaran semua yuran anak pertama ibu yang uruskan manakala anak kedua bapa yang uruskan.

Yang pasti,
bapa mesti berbincang perkara sebegini dengan baik untuk memastikan kelancaran
proses pembelajran anak-anak untuk setahun.
Khidmat Tadika
adalah berbentuk ‘yearly subscription’, untuk membolehkan anak belajar melalui
satu proses yang lengkap.
2. Bertuah apabila punya masa terluang
untuk sama-sama melawat tadika.
Jika tidak,
dapatkan maklumat penuh daripada anak dan isteri apabila mereka selesai melawat
tadika.
Apabila bapa dalam situasi sibuk, gunakanlah komunikasi berhubung terkini yang boleh digunakan seperti ‘google hangout’.
Apabila bapa dalam situasi sibuk, gunakanlah komunikasi berhubung terkini yang boleh digunakan seperti ‘google hangout’.
3. Hadir bersama untuk sesi penerangan yang
dijalankan oleh pihak tadika.
Adalah menjadi
kebiasaaan untuk pihak tadika mengadakan sesi penerangan kepada ibu bapa setiap
kali tahun baru pembukaan tadika. Meskipun kita suadh biasa dengan tadika itu,
kehadiran kita juga penting, apatah lagi jikalau tadika itu pertama kali untuk
kita.
Tadia akan mempunyai
banyak maklumat baru untuk setiap tahun baru persekolahan. Kehadiran bapa akan
dapat memberi kesan kepada ibu dan anak-anak.
4. Membantu isteri dalam proses menyediakan
anak ke tadika.
a.
Persediaan emosi
Bantu ibu
mendidik dan menyediakan anak-anak untuk suasana tadika
kelak. (Rujuk artikel tentang 7 Tip
Menyediakan Anak ke Tadika)
b.
Persediaan fizikal
Bantu ibu memilih barangan yang diperlukan untuk ke
tadika seperti beg dan kasut sekolah.
Pada waktu pagi, dalam situasi sibuk, bapa boleh memberi sokongan
dengan membantu perkara ringkas seperti membantu melayan anak-anak bersarapan.
5. Sediakan wang pembayaran yuran tepat
pada masanya.
Sama ada secara
tunai, online atau bayaran dengan menggunakan cek, bapa dapat memberikan
sokongan dengan menyediakannya tepat pada masa. Dengan ini, ibu juga dapat
mengurangkan tekanan yang datang secara tidak langsung akibat pembayaran yuran
yang lewat.
Adakalanya, ibu
juga segan untuk berhadapan dengan cikgu dan pengurusan tadika apabila yuran
tadika dibayar lewat.
Walaupun begitu, apabila ada kelewatan, bapa mestilah bertanggungjawab memaklumkan lebih awal agar urusan ini dapat ibu selesaikan dengan baik dengan pihak sekolah.
Walaupun begitu, apabila ada kelewatan, bapa mestilah bertanggungjawab memaklumkan lebih awal agar urusan ini dapat ibu selesaikan dengan baik dengan pihak sekolah.
Sekiranya, bapa
dan ibu mengambil keputusan untuk membahagikan tugas, iaitu tugas pembayaran
yuran adalah di bawah kuasa bapa sepenuhnya, maka bapa boleh terus berurusan
dengan pihak sekolah.
Hakikatnya, ketepatan masa membuat pembayaran adalah antara salah satu perkara besar yang membantu pihak tadika memastikan pengurusan mereka dijaga dengan baik.
Hakikatnya, ketepatan masa membuat pembayaran adalah antara salah satu perkara besar yang membantu pihak tadika memastikan pengurusan mereka dijaga dengan baik.