Noraminah Omar

Friday, April 24, 2015

CERITA TENTANG 'GEMBIRA DI TADIKA'


Pernah suatu hari, seorang pengurus sebuah tadika berkongsi maklumat dengan saya. Kata beliau:
"Puan, ada seorang ibu menghadiahkan sebuah TV kepada tadika saya. Katanya, biarlah anak-anak gembira."
====
.
Ada pelbagai pandangan yang diberikan oleh guru dan ibu bapa dalam konteks 'apa yang menggenbirakan anak-anak di tadika?'.
Secara amnya, saya mahu kongsikan begini sahaja:
.
Anak-anak lebih mudah mengadaptasikan diri dengan suasana di tadika yang 'agak serupa' dengan apa yang mereka sudah biasa.
.
MAKA...
.
Apabila di rumah sudah biasa dengan TV, maka TV boleh menggembirakan anak itu.
Apabila di rumah sudah biasa dengan 'tablet', maka 'tablet' boleh menggembirakan anak itu.
Apabila di rumah sudah biasa dengan mainan, maka mainan boleh menggembirakan.
Apabila di rumah sudah biasa dengan 'laptop', maka laptop boleh menggembirakan.
Apabila di rumah sudah biasa dengan buku, maka buku boleh menggembirakan.
Apabila di rumah sudah biasa ada 'bibik', maka 'bibik' boleh menggembirakan.
Lalu, cabaran terbesar bagi GURU TADIKA ialah....
"Menjadikan DIRInya lebih BOLEH 'menggembirakan' daripada semua benda, orang dan perkara yang ada di rumah anak-anak!"