"Anak saya mesti boleh membaca selepas 3 bulan di tadika!"
"Saya risaulah! Anak saya sudah berumur 6 tahun. Masih tidak boleh membaca!"
Ya.
Kebolehan membaca sering dikaitkan secara langsung dengan tahap pemikiran seseorang.
Bagi kanak-kanak, kebolehan mereka membaca disamakan dengan kebijaksanaan mereka.
Apakah benar, apabila seorang anak itu boleh membaca bermakna anak itu bijak?
Apakah ciri sebenar anak yang bijak?
Saya menemui capaian yang menceritakan 50 ciri yang biasa ada pada anak-anak bijak atau lebih dikenali sebagai 'gifted children'.
50 Common Characteristics of Gifted Children from DRPF Consults
Namun, tidak boleh membaca menyebabkan anak-anak dikategorikan sebagai tidak bijak.
Apakah peranan kita sebagai orang dewasa?
1. Sediakan suasana bahasa yang baik
Galakkan dan biasakan bercakap menggunakan perkataan yang baik dan penuh dengan pujian.
Kata-kata arahan, marah dan maki hamun adalah bahasa yang buruk.
2. Sokong capaian kepada bahan bacaan tanpa paksa
Secara sukarela dan gembira, anak-anak mesti digalakkan mencapai bahan bacaan yang berkualiti.
Sediakan ruang ringkas untuk membaca dengan santai dan rela. Belikan bahan baca yang baik.
Seringkas 3 minit membuka bahan bacaan, sudah mencukupi bagi anak sekecil 3-4 tahun.
Boleh membaca atau tidak, sikap suka kepada bahan bacaan adalah objektif pertama yang perlu dicapai.
3. Dengarkan penggunaan bahasa yang sempurna
Anak-anak akan menyimpan dalam otak mereka apa yang mereka dengar.
Otak kita yang unik ini menyimpan data dengan cepat dan mampu mengingat untuk jangka masa yang lama.
Anak-anak kecil itu biasanya mengulang apa yang orang dewasa selalu sebut dan katakan.
Maka, biarlah anak-anak sentiasa mendengar yang baik sahaja daripada kita.
Ya.
Tiada perkara yang mudah dalam hidup kita.
Tanpa usaha dan cuba, ia lebih menyakitkan.
Sama ada kita adalah orang dewasa yang berada di rumah kediaman atau institusi pembelajaran, kita mempunyai tugas yang penting untuk digalas.
Perdengarkanlah yang baik.
Bijak bukan sekadar kebolehan membaca.