Noraminah Omar

Tuesday, March 27, 2012

Motivasi Membaca dengan Pujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.


Apa khabar kawan-kawan? 


Sibuk memang sentiasa bukan? Memang itu lumrah hidup. Perkara yang kita lakukan seharian menjadikan hidup lebih bermakna. :)


Jadi, terus bergembira dan buat sahaja tugasan harian dengan tenang. Ikhlas pasti akan datang.


Baiklah. Kali ini sekali lagi mari kita lihat apa yang dikatakan oleh Prof Dr Bustam Kamri tentang memuji anak.


Usaha untuk membantu anak suka membaca dan bercerita perlukan teknik. Salah satu tekniknya adalah dengan memberi pujian pada anak setiap kali usaha positif ditunjukkan ke atas aktiviti bacaan. 


Pujian yang tepat, memberikan motivasi yang hebat!


Tidak semestinya betul membaca sahaja yang dipuji. Memegang buku dan mengambil buku, serta menyimpannya semula dengan baik juga adalah satu usaha yang perlu dipuji.


Mari kita baca apa yang dikatan oleh Dr Bustam dalam blog beliau:


http://bustamkamri.blogspot.com/2012/03/kata-pujian-yang-berkesan.html



Kata Pujian Yang Berkesan

Memberi kata pujian atau kata ransangan/dorongan hendaklah memberi tumpuan kepada aktiviti dan proses yang membolehkan kanak-kanak menilai kerjanya dan hindarkan pertandingan. Sebagai contoh kata pujian yang memberi tumpuan kepada aktiviti dan proses;
  • Dua orang kanak-kanak Razak dan Faruk bermain di 'meja main air'. Mereka berdua menggunakan cawan dan berbagai benda berat dan ringan selama lebih 15 minit.
Kenyataan dorongan: "Awak dan Faruk bermain sama-sama di 'meja main air' begitu lama."
  • Farah baru selesai mewarna. Dia datang berjumpa guru dan berkata," Cikgu tengok lukisan saya cantik tak?"
Kenyataan dorongan: "Awak sangat suka dan senang dengan lukisan yang awak warnakan,. Tengok semua warna yang awak gunakan."


Ini intipatinya:

Berikan dorongan dengan memuji proses.

Pada kebanyakan masa guru akan berkata:
 "Bagus." atau "Good boy."

Tukarkan ayat itu kepada perkara yang dilakukan oleh murid atau dengan dengan lebik terperinci.

Contoh:

"Bagus cara susunan buku itu. Ianya bermula dengan yang tinggi kemudian rendah."

"Bagus bacaan itu. Ianya membuatkan Cikgu seronok mendengarnya."

"Wah, baik sungguh buku ini! Ia ada banyak warna."

"Bagusnya! Setiap kali membaca buku, ia pasti akan diletakkan dengan elok di atas meja."

"Hebat! Berkongsi buku dengan kawan menjadikan bacaan lebih menyeronokkan."

Tukarkan nada dan bentuk ayat bersesuaian dengan usia anak-anak. Saya kira, kita pasti lebih tahu tatacara yang sesuai dengan anak-anak.

Memilih dan menyusun buku juga adalah satu proses. Jadi pujilah anak kita!


Sekiranya anak itu melakukan sesutu yang tidak tepat:

Bagus bacaan itu. Tetapi kalau nadanya yang tinggi sedikit ia pasti akan lebih menarik.

*Komen diberi hanya pada bacaan, bukan murid itu.

Oh, kamu pilih buku ini? Buku ini bagus. Jika buku yang sedikit nipis dipilih, tentu akan lebih lancar apabila membacanya.

*Komen diberi pada buku yang dipilih, bukan anak itu.

Selamat maju jaya. Mari memuji dengan sepenuh hati!

Sunday, March 25, 2012

Keliru dengan huruf, sukar untuk membaca.

Assalamualaikum semua!


Semoga hari hujung minggu bukanlah hari yang membuatkan kita jadi dungu. Maklumlah, pada hujung minggu banyak ibu macam kita, bergelumang dengan kain baju, penyapu, mop dan apa sahaja yang ada di rumah untuk misi mengemas dan membersihkan.


Sekali-sekala agak menegangkan juga. Maklumlah, penat bukan? :)

Sudah penat membersihkan rumah dan mengemas di hujung minggu, masih ada masa untuk membaca? 


Baik, mari kita kongsikan apa yang ditulis oleh Dr Bustam Kamri tentang sedikit cabaran bagi anak untuk membaca. 'Link'nya seperti di bawah.





Mari teliti apa yang beliau tulis dalam salah satu 'post' beliau:

"Kanak-Kanak Keliru Membaca Huruf

Terdapat kanak-kanak yang tidak dapat membezakan huruf walau pun anda telah mengajarnya berkali-kali. Contohnya huruf 'b' dan 'd', huruf 'p' dan 'q', 'j' dan 'i' 'y' dan 'v'. Kanak-kanak boleh menyanyikan lagu 'A, B, C...' tetapi tidak dapat mengenal atau membezakan huruf yang mempunyai persamaan bentuk. Apabila anda telah mengenalpasti masalah kanak-kanak ini segera rujuk pakar kanak-kanak yang berkeperluan khas. Anda tidak boleh terus mengatakan kanak-kanak itu 'dylexia' kerana masalah sukar membezakan huruf. Pendidik awal kanak-kanak dapat mengetahui tanda 'dylexia' tetapi untuk mengatasi masalah tersebut perlu dirujuk kepada mereka yang pakar khusus untuk menangani 'dylexia'.


Baik, dapatkan kita memahami apa yang disampaikan oleh Dr Bustam?

1. Tidak boleh membezakan huruf.

Salah satu masalah membaca timbul apabila anak tidak dapat membezakan huruf.


Untuk megetahui masalah ini, selalulah membaca bersama anak. Pada masa yang sama selalu jugalah bertemu dengan guru yang mengajar anak kita, jika mereka sudah ke tadika atau sekolah.

2. Rujuk kepada pakar.

Masalah seperti ini, yang berterusan hingga menggangu pembacaan anak perlulah dirujuk kepada pakar.


Merujuk kepada pakar perlulah pakar yang betul. Lupakan tentang emosi anda yang adakalanya tidak mahu menerima kenyataan. Apa pun, masalah pembelajaran bukanlah satu kecacatan atau masalah hidup yang kekal. Ianya boleh diatasi dengan membantu anak dengan cara yang betul melalui nasihat pakar.

3. Terima dengan redha.

Sebagai ibu bapa, menerima keadaan anak yang mengalami masalah dalam membaca adalah satu proses untuk menjadikan anak itu lebih berjaya.


Segalanya bermula dari kita. Redha, tawakkal dan terus berusaha. Yang penting, lupakan tentang salah siapa dan mencari punca. Fokuskan kepada penyelesaian. Mengetahui punca, hanyalah untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.


Ayuh, mari kita didik anak untuk membaca!

Thursday, March 22, 2012

Pemerhatian perkembangan anak.

Memang sukar untuk menentukan apa yang sesuai dan bilakan masa yang sesuai untuk kita lakukan sesuatu aktiviti bersama anak-anak.

Apatah lagi untuk mengetahui kesesuaian anak yang berbeza kebolehannya.

Jom, baca apa yang diceritakan dalam web ini, "Child Development Tracker". :D

http://www.pbs.org/parents/childdevelopmenttracker/three/index.html

Ada sesetengah anak berumur 3 tahun sudah sematang anak yang berumur 4 tahun. Manakala, ada juga anak yang berumur 6 tahun masih berkembang di peringkat 4 tahun.

Mereka ini unik dan banyak faktor persekitaran memperngaruhi perkembangan mereka. Persekitaran adalah bermula seawal anak berada di dalam rahim ibu.

Sebaiknya, kita cuba apa yang terbaik untuk anak yang berbeza, meskipun mereka dilahirkan oleh ibu yang sama. Dengan memahami sedikit sebanyak tentang anak-anak dan perkembangans erta keperluan mereka, kita pasti akan dapat melakukan yang terbaik.

Setiap anak mempunyai kebolehan dan kelebihan yang sendiri.

Apa pun, Alllahlah yang berkuasa penuh atas segala sesuatu, kan?

Salam.

Sunday, March 18, 2012

Buku dan Warna

Memilih buku banyak caranya. Lain anak, lain juga citaranya.


Apa pun, secara umum, ada beberapa ciri warna yang sesuai untuk anak-anak.


- 18 bulan : buku dengan gambar berwarna banyak beri kesan.


- 24 bulan : belajar banyak dari gambar berwarna atau lukisan berwarna, belajar sedikit dari gambar hitam putih.


- 30 bulan : belajar dari kesemua 3 jenis gambar dan warna.







Baca lagi di http://www.hanen.org/Helpful-Info/Articles/Which-Books-are-Best---How-the-Type-of-Book-Affect.aspx


Ada juga banyak jenis buku yang kita mahu tapi sukar untuk diperolehi. Apa kata cuba cari di http://www.oldchildrensbooks.com/looking-for-a-book.


Menarik bukan?

Monday, March 5, 2012

Buku Cerita Pendek

Buku cerita? Ambil saja satu dari rak buku di kedai tu!


Kalau anda buku yang bagaimana anda pilih?


Untuk bacaan saya sendiri, saya lebih suka memilih novel penyiasatan. "Romance & thriller" pun menjadi pilihan.


Untuk kanak-kanak, banyak buku yang boleh dipilih.


Sesekali, lawati laman di bawah dan lihat apa yang menarik!


Kadang-kadang, cerita pendek juga amat menyeronokkan apabila dibaca. Selamat membaca.


Friday, March 2, 2012

Cara mudah melatih anak membaca.


Susah juga kan? Anak-anak bukan boleh duduk lama dan membaca buku.

Baiklah, di sini dikongsikan cara mudah untuk didik anak suka membaca. Kalau sudah terlepas peluang, sampaikan pada anak-anak kita supaya cucu kita boleh mendapat manfaatnya kelak.

I a bermula sejak hari pertama bayi dilahirkan.

1. Bercakap dengan bayi anda pada hari pertama lahir.
2. Rajin bercakap mengenai benda atau perkara disekeliling. Perhatikan apa yang anak suka lihat, dan banyaklah bercakap mengenainya.
3. Nyanyikan lagu. Ia adalah aktiviti yang mudah dan selalunya berlaku secara semulajadi. Boleh juga gunakan CD atau VCD sama ada di rumah atau semasa memandu dan dalam perjalanan.
4. Bacakan buku pada anak.
5. Budayakan amalan membaca. Biar anak anda lihat anda juga rajin membaca. Adakan ruang atau kawasan didalam rumah untuk bahagian bacaan dan simpanan bahan bacaan.
6. Bawa anak anda ke perpustakaan.


Jom latih anak membaca!

http://www.youtube.com/watch?v=Hb9B69hwPU8

Monday, February 27, 2012

Wah, buku cerita versi kini!

Salam, kawan-kawan!


Seronok bila lihat anak kecil suka menyanyi. Mereka juga suka gambar dan ilustrasi yang berwarna-warni.


Bagaimana dengan buku cerita yang mempunyai animasi, ala-ala karaoke. Baguskan? Cuba lihat video dibawah.

Sangat teruja dengan bahan bacaan seperti ini.
Mari ajak anak-anak membaca.

Cubalah!

Sunday, February 26, 2012

Cara baca buku bergambar bersama anak.

Assalamualaikum, kawan-kawan!

Apa khabar hari ini? Hujung minggu, masa yang sesuai untuk aktiviti bermakna bersama anak-anak.

Apa kata bacakana buku pada mereka? Susah nak cari buku? Gunakan saja gambar dari buku yang sedia ada.

Tapi, bagaimana caranya? Membaca bukan sahaja bermakna membaca teks.
Cuba baca post sebelum ini. :D

Baik, mari kita lihat cara guru ini membuatkan anak bercerita, berimaginasi dan membina kosa kata dengan hanya 'mambaca' gambar dari sebuah buku.

Mudah dan seronok. Mari cuba!

Kebaikan membaca buku pada anak kecil.

Ramai ibu sibuk. Saya pun termasuk kategori ibu yang berhempas pulas untuk menjadi ibu hebat. :D


Gembira bila dapat lihat anak sukakan buku, kan?. Emmm...tapi, sebenarnya kenapa perlu dibacakan buku pada anak-anak?


1. Menjalinkan hubungan yang membaca dan anak.
2. Mengajar anak tentang dunia sekitar mereka.
3. Mencambah keinginan anak untuk belajar.
4. Membuka minda dan pengalaman berfikir yang berbeza.
5. Meransang imaginasi dan suka kepada membaca.
6. Meningkatkan kemahiran berbahasa dan kosa kata.
7. Memperkenalkan anak kepada dunia kesusasteraan.
8. Menanamkan bahawa, membaca itu seronok!


Apa pandangan ibu-ibu? Cukup masa untuk baca atau tidak?


Memilih buku untuk 'Read Aloud' bersama anak.

Salam.

Ibu-ibu, saya nak kongsikan sedikit maklumat tentang panduan memilih buku untuk anak.

Nampak mudah dan senang saja kan? Sebenarnya ada proses tertentu untuk pastikan yang anak akan mendapat manfaat dari buku yang dipilih.

1. Jenis buku - buku yang kita suka.
2. Saiz buku.
3. Kandungan tulisan dan gambar.
4. Karakter dalam cerita.

Lebih lanjut, tonton video ni.

Mari, ibu bacakan buku!