Sesekali, anak-anak sukakan maklumat baru. Maklumat dalam bentuk cerita akan menjadi lebih seronok.
Apakah perlunya kita berpuasa?
Perbualan dengan anak kecil perlu diringkaskan. Berikan lebih peluang untuk mereka bercakap dan bertanya soalan.
Contoh perbualan:
Ibu : Apabila berpuasa, tidak boleh makan dan minum. Apakah yang kita rasa apabila berpuasa?
Anak-anak : Lapar. Mesti dahaga.
Ibu : Dengan berpuasa, kita perlu sabar. Sabar itu menahan dan mencegah diri. Berpuasa, kita menahan dan mencegah diri daripada makan dan minum.
…..
Bersama anak-anak, dedahkan satu perkara pada satu masa. Anak kecil perlukan masa untuk memahami satu konsep baru.
Apabila bercakap tentang manfaat puasa, fokuskan bercerita dan menjawab soalan yang berkaitan manfaat berpuasa. Tentang kewajipan solat, itu tajuk yang baru.
Apabila anak bertanya, tambahkan maklumat.
Ya, berpuasa juga mengajar dan memberi pengajaran. Kepada anak dan juga kita, ibu.
Sabar. Menahan dan mencegah diri…
+ dari makan dan minus
+ melakukan perkara yang membatalkan puasa
Artikel lain: Hidup dan Kesempurnaan
Puasa mengajar kesabaran, kawalan diri dan disiplin.
Sabar menunggu waktu berbuka.
Kawal diri dalam keadaan lapar dan dahaga.
Disiplinkan diri bangun sahur dan berbuka pada masanya.
Berkatalah dari hati. Ia akan sampai ke hati.
Berkatalah dari hati. Ia akan sampai ke hati.




