Noraminah Omar

Thursday, June 19, 2014

TIP Ramadhan BUAT IBU (2) : Berkongsi dengan Si Kecil



TIP 2 : Kongsikan

SAHUR dan BERBUKA

Anak-anak sudah biasa makan dengan berjadual. 

Mereka mungkin akan rasa tidak selesa apabila melalui Ramadhan yang memerlukan perubahan besar dalam jadual makan harian.

Sebaiknya, kongsikan dengan anak-anak tentang perkara asas dalam berpuasa.

Berikan maklumat ringkas seperti:

"Semasa berpuasa, tidak boleh makan dan minum. Kita juga meninggalkan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari."

Bagi anak yang sudah mumayyiz tetapi belum baligh, lanjutkan sedikit perkongsian tentang perkara yang tidak boleh dilakukan semasa berpuasa. 
Gunakan bahasa mudah dan berikan maklumat yang berkaitan sahaja.

Anak kecil memang banyak bertanya.


Ini termasuklah, tidak boleh makan dan minum. Tidak boleh muntah dengan sengaja.
Untuk anak yang sudah akil baligh, bolehlah perbincangan diteruskan.

Berikan ruang anak-anak bertanya.
Apabila ada soalan yang sukar, dengar dahulu.

Contoh:
"Kalau tak makan, nanti adik mati, macam mana?"
"Adik kena minum. Kalau tak minum, panas. Nanti adik pengsan."



Apabila ada respon begini dari anak-anak, bermakna minda anak sedang aktif berfikir dan berimaginasi.

Apakah yang ibu boleh lakukan?
Kongsikan terus dengan beberapa cerita dan kisah.

Antaranya:

+ Ceritakan tentang bagaimana ibu mula berpuasa semasa kecil.
+ Ceritakan pengalaman bagaimana ibu penat tanpa makanan dan air, namun akhirnya masih dapat berpuasa.
+ Ceritakan pengalaman ibu berbuka awal.
+ Ceritakan kisah atuk dan nenek yang sudah berumur dan masih berpuasa.

Akhirnya, berikan persediaan dengan pemikiran positif yang kekal dalam diri anak-anak.

Mereka akaan mendapati beberapa inspirasi seperti:

+ sentiasa berfikir positif, yang baik.
+ mahu mencuba
+ lakukan bersama-sama
.

Apakah ibu ada pengalaman lain yang boleh dikongsikan?
.

No comments:

Post a Comment