Noraminah Omar

Tuesday, June 24, 2014

TIP buat IBU (4) : PENGALAMAN ADALAH CERITA


Kita juga punya kisah lucu dan sedih semasa menjalani puasa di bulan Ramadhan.

Saya masih ingat bagaimana saya berbuka puasa sekitar jam 4.30 petang kerana sudah tidak tahan. Waktu itu saya berumur 7 tahun. Mak dan Abah biarkan sahaja.

Dapat sahaja saya minum, saya terus buka balang biskut 'mazola' yang Mak buat malam tadi.
Maklumlah, Mak buat biskut waktu malam. Jadi, esoknya, saya terbayang-bayang akan sedapnya biskut itu.

Saya ingat lagi. Semasa berbuka puasa, saya sudah kenyang. Jadi apabila abang dan kanak makan bersama Mak dan Abah, saya sudah tidak seronok. Apatah lagi apabila kakak dan abang asyik bergurau dan permainkan saya.

Hingga ke hari ini, saya masih ingat akan 'kegilaan' saya semasa kecil terhadap biskut 'mazola' hinggakan sanggup berbuka awal.

Gambar dari : resipibiskut.blogspot.com


Ibu-ibu, ceritakanlah kepada Si Kecil pengalaman Ibu yang manis dan lucu semasa berpuasa. Anak-anak akan lebih mudah memahami bahawa kita juga pernah melalui apa yang mereka rasakan semasa bulan Ramadhan.

Adakalanya, anak-anak pula yang akan bertanya. "Ibu dulu, puasa tak?"



Selamat menemui Ramdhan!
.

No comments:

Post a Comment