Ramadhan bakal menjelma.
Mood dan rasa serta kehangatannya sudah mula terasa.
Buat ibu-ibu sama ada yang bekerjaya di luar atau sepenuh masa mengurus keluarga, situasinya tidak jauh beza.
Ibu-ibu mempunyai satu persamaan yang besar.
Kita punya keluarga untuk meneruskan perjalanan menempuh Ramadahan yang bakal menjelang.
Insyaallah.
Antara perkara yang kita sudah mula lakukan ialah FASA PERSEDIAAN menyambut Ramadhan.
Fasa ini bukan hanya melibatkan hal-hal masa, jadual dan makanan, malah melibatkan persiapan minda dan emosi.
Kita akan terus berkongsi dan posting ini adalah antara pengalaman saya dan apa yang rakan ibu-ibu pernah kongsikan bersama saya.
Fasa Persediaan : TIP 1
Bagi anak-anak yang masih kecil dan berumur antara 3-8 tahun, bolehlah digunakan ayat-ayat ringkas dan mudah.
Ceritakan satu persatu dan berutahu dalam ayat yang pendek sahaja.
Ulangkan beberapa kali sehari. Contoh, semasa dalam perjalanan ke sekolah, semasa duduk santai di ruang tamu atau semasa makan malam.
Antara kandungan pertama yang boleh dikongsikan ialah tentang bulan Ramadhan dan Puasa.
Kongsikan fakta dan maklumat:
+ Ramadhan ialah bulan
ke -9 dalam calendar hijrah. Dalam bulan ini umat islam diwajibkan berpuasa.
Bulan Ramadhan biasa dipanggil sebagai bulan puasa.
Ibu-ibu boleh menyanyikan lagu bulan-bulan dalam islam bersama anak-anak.
Buka link di bawah, nyanyikan bersama.
Minta Si Kecil duduk di atas riba dan yang lain duduk bersama di sekeliling Ibu.
.
Untuk permulaan, ini adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan.
Kita akan kongsikan TIP 2 dalam posting seterusnya.
.

No comments:
Post a Comment