Bagi ibu-ibu, bolehlah mengajak anak-anak bersama-sama bersahur dan berbuka puasa semasa berpuasa sunat atau puasa ganti.
Jikalau anak masih kecil, pengalaman berbuka juga sudah memadai.
Apa yang kita kongsikan bersama anak-anak, biarlah sedikit tetapi berterusan.
Adakalanya, ia memberikan kesan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.
Contoh:
Biasakan anak-anak untuk sama-sama duduk mendengar azan maghrib.
Semasa berpuasa, beritahu anak-anak, "Hari ini Ibu puasa."
Anak-anak biasanya akan banyak bertanya.
Inilah peluang untuk ibu menjawab dan ceritakan.
Adakalanya, memang ibu kepenatan apabila pulang atau sebaik sahaja menyelesaikan tugasan di rumah.
Namun, apabila ibu bersedia untuk menyediakan anak-anak menyambut Ramadhan, ibu sudah pasti dapat meluangkan masa sementara menunggu azan maghrib.
Sedikit yang ibu kongsikan, selamanya terpahat dalam ingatan.
Kata orang tua, "Alah bisa, tegal biasa."
.

No comments:
Post a Comment