Noraminah Omar

Wednesday, July 2, 2014

TIP buat IBU (7) : Komitmen Ibu





Bulan Ramadhan bersama anak-anak memerlukan komitmen juga.
Pendedahan kepada ibadah bulan Ramadhan, pada masa yang sama mengekalkan pelaksanaan ibadah solat yang wajib memerlukan sokongan berterusan daripada ibu dan bapa.

Anak-anak memerlukan dorongan. Sedikit sekalipun, ia memberi kesan.

Anak yang baru belajar berpuasa memerlukan persiapan. Bangun untuk makan sahur adalah penting untuk mereka.

Bangun terlalu awal atau terlalu lewat juga memberi kesan kepada anak-anak pada siang hari.
terlau awal boleh menyebabkan anak terlalu lapar sebelum berbuka.

Ada sesetengah pembantu rumah mmenyediakan makan seawal 4 pagi dan membangunkan anak-anak seawal jam 4.30 pagi untuk sahur. Kita selaraskan dengan waktu imsak. Semoleknya, 30 minit sebelum imsak sudah memadai untuk anak makan dengan selesa, tenang dan kenyang.

Makan sahur terlalu lewat juga boleh menyebabkan anak-anak makan dengan keadaan tergesa-gesa.

Apapun, komitmen ibu perlu memastikan anak-anak bangun dan makan sahur dalam keadaan selesa.

Makan seawal pagi bukanlah sesuatu yang biasa. Peringkat awal, mungkin anak hanya mahu menjamah sedikit sahaja makanan yang ada. Berikan anak kurma dan susu sebaiknya.

Bagi anak yang sudah biasa, mereka akan mudah makan dan mengabiskan nasi sepinggan.

Baik juga jikalau bertanya dan beritahu anak-anak apa yang akan dihidangkan untuk sahur.

Apapun, ibu mempunyai tanggungjawab besar semasa Ramadahan. Ia mengandungi banyak 'teachable moments' yang perlu digunakan sepenuhnya.

Kesimpulannya:

Pastikan anak-anak bangun dan makan sahur. Sediakan menu kegemaran anak.

Sebaiknya, makan sahur sekitar 30 minit sebelum imsak.

Selamat berpuasa!
.

No comments:

Post a Comment