Ringkas boleh menjadi sesuatu yang berbeza. Berbuka puasa memanglah sesuatu yang istimewa. Hidangan makanan menjadi satu kemestian.
Pada kebanyakan masa, air minuman menjadi sajian utama yang pertama di'cari' apabila berbuka puasa.
Bulan Ramadhan menjadi istimewa dengan adanya waktu ini.
Untuk berbuka, bolehlah disediakan kurma dan mulakan berbuka dengannya.
Untuk anak yang tidak suka kurma, boleh digantikan dengan kurma bersalut coklat atau jus kurma.
Makan makanan dengan sederhana. Berhenti sekadarnya, dan sambung selepas solat maghrib.
Ramadhan mempunyai rutin yang berbeza. Ianya menjadi sesuatu yang istimewa, terutamanya bagi kanak-kanak. Anak kecil dapat mengingat banyak perkara yang memberi kesan dalam kehidupan sehariannya.
Waktu berbuka yang diiringi dengan rutin bacaan doa bersama, dimulakan dengan makan kurma adalah antara yang akan diingati oleh anak-anak.
Ibu, biarlah hidangan berbuka kita ringkas, mengenyangkan dan menjadi istimewa buat keluarga.
Selamat menyediakan juadah berbuka!
.

No comments:
Post a Comment