Ada masanya, cerita kita mesti diolah dengan maklumat yang tepat. Ia perlu memberi makna. Memberitahu anak kecil tentang perkara yang melibatkan konsep dan pemahaman memerlukan sedikit masa. Malah, ia memerlukan komitmen kita juga.
Puasa. Tidak makan dn tidak minum. Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang membatalkannya. Serta banyak perkara lain.
Bagi anak-anak yang masih kecil terutamanya mereka yang berumur bawah 6 tahun, maklumat diberikan sedikit demi sedikit dan berterusan.
Maka, apakah lagi manfaat puasa itu?
Puasa memberi manfaat kesihatan.
Organ dalam tubuh dapat berehat.
Sel tubuh dapat berkumpul untuk bertahan.
Samalah seperti sebuah kereta. Ia perlu dicuci. Ia perlu rehat meskipun digunakan dan dipandu ke sana sini.
Tanyakan pada anak, apa akan berlaku jikalau kereta digunakan tanpa henti?
Biasanya, anak-anak kecil sudah pandai menjawab, 'Rosak.'
Maka, bawakan beberapa analogi alin agar anak-anak kecil dapat akan maksud yang kita mahu sampaikan.
Ya, ibu-ibu.
Solat itu juga utama. Dalam bulan Ramadhan, peluang untuk memberikan pengalaman puasa akan bertambah makna.
Pendedahan. Pengalaman. Lakukan secara berfasa.
Selamat menjalani ibadah berpuasa!
.

No comments:
Post a Comment