Noraminah Omar

Sunday, July 13, 2014

TIP buat IBU (13) : Ramadhan yang selesa dan tenang


Ibu-ibu yang bahagia…

Ramadhan ini bulan istimewa. Apa yang kita lakukan dalam bulan ini tidak sama dengan bulan yang lain. Hanya sekali setahun.

Gembira, penat, suka dan dukanya juga berbeza setiap tahun.
Sebagai Ibu, kita banyak memikirkan banyak perkara.

Persiapan harian, kecukupan makan pakai dan tidak terlepas ialah persiapan menyambut Syawal.
Kita sudah sibuk dengan memikirkan jadual cuti. Memilih jadual perjalanan ke kampung, biasanya ada 2 kampung.

Lalu, adakalanya menyelusuri ke penghujung Ramadhan, kita jadi tidak selesa dan susah hati itu mudah mengganggu.

Namun,, Ramadhan ini adalah bulan yang selesa dan tenang. Kita punya masa lebihan untuk membaca al-quran. Kita juga hanya masak untuk 2 kali sahaja dalam sehari. Ketenangan dan keselesaan itu, kita tentukan. Kelajuan pergerakan dalam bulan Ramadhan, kita susunkan.

Bagi anak-anak, Ramadhan itu istimewa dengan keluarga. Ya, Ibu adlah tunggaknya. Maka, sokongan pasangan dan keluarga secara khusus memberikan kita kekuatan.

Bagi anak-anak, biarlah mereka meneruskan Ramadhan dengan selesa dan tenang. Biakan mereka berpuasa dengan selesa juga.
Berikan ruang untuk anak kecil berpuasa mengikut kemampuan mereka.



Puasa dengan bertahap.
Contoh: Hari pertama 3 jam, hari kedua 4 jam dan seterusnya.

Berikan sokongan dengan galakan dan pujian kepada perkara yang dilakukan.

Meskipun Ramadhan sudah melangkau masuk hari ke-15, semanganya masih kekal sama!

.

No comments:

Post a Comment