
Namun, pada kebanyakan masa, ibu akan sentiasa ada menemani anak-anak, terutama si kecil semasa berbuka puasa. Mungkin, ada ibu yang bertuah dapat membawa anak-anak ke masjid atau surau untuk berbuka.
Kebiasaannya, berbuka puasa di rumah bersama anak-anak diketuai oleh ibu apabila ayah tiada. Oleh itu, masa inilah masa yang baik untuk bercakap dan bercerita bersama anak-anak. Meskipun adakalanya kita kepenatan, doa semasa berbuka itu boleh menjadi pengisian juga.
Semasa berbuka, biasanya kita akan sama-sama membaca doa berbuka dan makan bersama.
Bacalah doa berbuka puasa bersama-sama. Sambung dengan doa khusus untuk anak-anak dengan menyebutkan nama mereka.
Contoh:
"Ya Allah, jadikanlah Safura anak yang solehah. Rajin solat, kuat belajar. Rajin ke sekolah, baik dengan kawan-kawan. Amin."
Doa begini kedengaran ringkas. Namun, bagi seorang anak, ia jelas memberikan makna apa yang ibu maksudkan dengan solehah itu.
Bagi anak yang masih kecil, doa dibaca dengan ayat ringkas dan pendek Bukan sahaja anak faham akan doa itu, malah dapat mengingatnya juga.
Apabila Ibu punya ramai anak, sebaiknya sebutkan doa satu persatu kepada setiap anak. Boleh juga dalam satu doa itu, sebutkan semua nama anak sekaligus.
Pada awalnya, ia akan kedengaran dan kelihatan lucu. Namun, apabila anak-anak melihat dan mendengar kesungguhan ibu berdoa, mereka akan sama mengaminkannya. Amin.
Selamat menjalani ibadah puasa!
No comments:
Post a Comment