Anak-anak yang gembira adalah kegembiraan ibu bapa. Malah menggembirakan anak-anak adalah antara apa yang ramai ibu bapa hari ini lakukan.
Bulan Ramadhan juga merupakan antara bulan yang penuh dengan peluang menggembirakan anak-anak. Hidangan makan terutama juadah berbuka adalah antara yang membolehkan anak senyum riang dan gembira.
Sebagai ibu, kita sebolehnya mahu menyediakan makanan dengan gembira dan anak-anak menjamu selera dengan gembira. Adakalanya, atas sebabtertentu, mahu tidak mahu ada ibu yang pelu memilih untuk membeli makanan di luar.
Belian makanan ini adakalanya sebahagian sahaja. Sebahagian lagi Ibu masak sendiri. Maka, bazar Ramadhan adalah tempat yang Ibu pilih untuk membeli juadah ini.
Namun, bazar Ramadhan sering dikaitkan dengan pembaziran dan makanan yang mahal. Maka, selaku Ibu, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pilihan yang dibuat sesuai dengan tujuan asal membeli makanan.
Antara yang boleh dilakukan ialah dengan pergi ke bazar Ramadhan sendirian sahaja. Bawa wang secukupnya seperti yang sudah dalam bajet perbelanjaan harian. Tetapkan jenis makanan yang akan dibeli.
Namun, sesekali, apabila mahu bawa anak bersama, terangkan dan pesanan awal diberikan kepada anak-anak agar mereka jelas dengan tatacara ibu berbelanja.
1. Fikirkan hanya satu atau dua kategori dan jenis makanan yang akan dibeli.
2. Setkan nilai ringgit yang boleh dibelanjakan.
Contoh: kuih goreng-goreng, kuih manis, bubur, lauk masakan ayam, lauk masakan daging, nasi set (tomato atau ayam) dan sebagainya. Pilih maksima 2 sahaja.
Jadi, apabila berjalan di bazar, makanan dan menu lain hanya dipandang sahaja. :)
Apabila berbelanja, sebaiknya sediakan bajet yang khusus. Ia boleh serendah RM6 (2 keping murtabak), RM10 atau RM20. Apabila Ibu mahu berbelanja set makanan seperti nasi ayam atau nasi tomato ia mungkin mencecah RM30.
Ringkasnya, ibu rancangkan sahaja:
+ jenis makanan yang akan dibeli secara spesifik
+ bajet untuk berbelanja
Membeli di bazar Ramadhan dengan berhemah akan lebih menggembirakan semua.

No comments:
Post a Comment