Ramadhan adalah hari-hari yang menjadi kira-kira bagi anak-anak. Mereka melihat bagaimana kita sebagai orang dewasa melaluinya.
Ramadhan, seperbulan yang lain, adakalanya anak-anak jatuh sakit juga. Ada yang demam dan tidak sihat. Apatah lagi dengan cuaca yang agak jauh lebih panas daripada biasa.
Ramadhan juga menyebabkan anak-anak kecil kurang minum dan makan kerana ahli keluarga lain (dan kawan-kawan) berpuasa.
Lalu, aktiviti biasa dalam bulan lain, biasanya tidak berlaku di bulan Ramadhan.
Ibu-ibu juga melalui jadual yang berbeza untul tempoh sebulan.
Hakikatnya, kita masih perlukan aktiviti bersama anak-anak di rumah.
Hujung minggu dan hari cuti, ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung.
Aktiviti sudah beralih kepada aktiviti keluarga di rumah atuk dan nenek.
Hari biasa, aktiviti ringkas secara bersama tidak memerlukan banyak tenaga, dan sebahagian daripada rutin juga.
1. Bacalah niat berpuasa bersama-sama.
Sebelum tidur dan semasa sahur. Boleh juga ibu lagukan bacan niat ini.
2. Sediakan juadah berbuka bersama-sama.
Ada yang menyusun cawan, mengelap meja, menyusun pinggan dan apa-apa sahaja yang sesuai dilakukan oleh anak-anak.
Meskipun mereka tidak melakukannya dengan betul, biarkan mereka membantu. Adakalanya, kita geram pula melihat mereka yang cuba membantu, tetapi tidak betul caranya.
3. Sesekali, berikan anak pengalaman berkongsi dengan yang lain.
Minta anak menghantarkan juadah berbuka ke rumah jiran sebelah. Pengalaman berkongsi sebegini, akan menjadi ingatan buat anak-anak.
Bagi mereka yang berpeluang berbuka puasa di masjid, beri anak-anak peluang membawa makanan dan hantarkan ke dapur masjid untuk dijadikan hidangan.
Meskipun tidak sempat memasak, makanan yang kita beli boleh juga dikongsikan secara begitu.
Ibu-ibu, aktiviti ini nampak biasa. Tidak apa yang luar biasa.
Namun, bagi anak kecil, pengalaman sedikit ini menjadi kenangan dan memberi impak besar dalam hidup mereka.
Apa yang dilihat, didengar dan dibicarakan, akan menjadi antara ingatan yang membentuk peribadi dan personaliti mereka.
Selamat berpuasa Ibu!

No comments:
Post a Comment