Ya. Ramai diantara kita, sebagai ibu, adakalanya lupa untuk menjaga diri sendiri. Komitmen bersama keluarga di bulan Ramadhan sama penting dengan komitmen mengekalkan kesihatan dan tenaga diri sendiri.
Selain daipada anak-anak, Ibu juga mesti mengambil makanan yang cukup membekalkan tenaga seperti karbohidrat dan protein.
Kita perlu bangun lebih awal daripada semua orang dan biasanya akan tidur lebih lewat daripada semua orang. Kita juga akan memastikan ahli keluarga dapat bangu sahur dan berbuka dengan baik.
Anak-anak yang bangun tidak terlalu awal, tidak memerlukan tidur selepas sahur.
Contohnya, apabila mereka makan sahur 30 minit sebelum imsak, mereka punya cukup masa untuk makan dan berkemas. Selepas itu, anak-anak boleh terus bersiap untuk solat Subuh dan bersiap untuk ke sekolah.
Namun, sekiranya anak-anak bangun terlalu awal untuk sahur, mereka mungkin perlu tidur semula. Adakalanya mereka tertidur dengan sendirinya. Berikan mereka masa. Kemudian, minta mereka bersiap untuk aktiviti harian terutama mereka yang ke sekolah.
Rutin inilah yang memerlukan komitmen ibu. Bagus jikalau ayah dan ahli keluarga yang lain terlibat sama dalam rutin seperti ini. Apabila ibu tiada, bolehlah mereka meneruskan rutin tanpa kesukaran di bulan Ramadhan.
Bertabahlah ibu!
.

No comments:
Post a Comment