Kali ini, perkongsian adalah khusus tentang
tugas bagaimana dan usia manakah yang sesuai untuk kita mula berikan tugasan
kepada anak-anak. Tugasan yang dimaksudkan ialah rutin biasa yang kita lakukan
di rumah.
Bagaimana kita boleh menyusun tugas dan
mendorong anak-anak membantu kita menjalankan kerja-kerja rutin di rumah?
Ini bergantung kepada saiz dan juga umur
anak-anak kita. Apa yang ada dalam artikel kali ini ialah 80% pengalaman
peribadi saya. Ia boleh ditiru mengikut keseuaian.
PERTAMA
Apabila anak mula faham arahan, seperti
letak dan ambil, mula berikan tugas ringkas. Biasanya, ini sesuai untuk anak
berumur 2- 3 tahun (toddler).
Antara tugas atau kerja rumah rutin yang
boleh diberikan kepada anak ini ialah:
[a]Minta anak meletakkan barang-barangnya
sendiri.
Saiz barang mestilah sesuai dengan tubuhnya
(berat badan).
Contoh:
Ambil beg, letak sini.
Ambil ‘diapers’. Beri pada Mak.
Letak mainan dalam bakul.
Bagi anak-anak seusia 2-3 tahun ini, untuk
pertama kali, ibu bapa perlu menunjukkan cara dahulu. Jika ada Abang atau
Kakak, minta mereka tunjukkan dan adik boleh tiru.
[b]Mengasingkan pakaian sendiri.
Ambil contoh mudah, asingkan baju sendiri.
Minta anak ambil baju sendiri daripada bakul dan asingkan. ATAU selepas baju
mereka dilipat, minta anak letakkan di rak bajunya.
[c] Minta anak bawa barang sendiri.
Sudah menjadi kebiasaan bagi anak kita
dihantar ke taska, rumah pengasuh atau sekadar keluar bersiar-siar pada hujung
minggu atau masa lapang.
Berilah anak beg sendiri yang boleh digalas
atau dibawanya sendiri.
[d] Menyiapkan diri sendiri.
Anak-anak sudah boleh diminta memakai kasut
sendiri dan menyusun semula kasut di rak.
Sekali lagi, ini bergantung kepada
pendedahan kepada anak yang kita beri. Melalui pengalaman saya, aktiviti ini
agak sukar dijalankan bersama anak sulung (pertama), tetapi lebih mudah untuk
anak seterusnya.
Ada banyak faktor pendorong (peer support)
dalam konteks adik-beradik yang ramai berbanding dengan anak tunggal.
Bagi anak-anak 3-4 tahun begini, kebiasaan
menguruskan rutin dirinya dapat membantu untuk mereka selesa dan biasa dengan
tugas lain apabila mencapai usia lanjut.
KEDUA
Bagi anak-anak yang sudah punya tahap
kognitif yang lebih tinggi, sekitar 3-4 tahun, mereka sudah boleh melakukan
banyak perkara rutin.
1.
Menyapu
2.
Kutip dan buang sampah dalam
tong sampah
3.
Melipat pakaian (baju) sendiri
4.
Meletakkan pinggan (mangkuk,
cawan dan seumpamanya) di sinki.
5.
Menyidai pakaian (dalam bentuk
klip) dan mengangkat pakaian (dari jemuran yang tidak tinggi)
6.
Semua aktiviti yang sesuai
dengan ketangkasan dan saiz tubuh anak.
Bagi kebanyakan anak 3-4 tahun yang ada
banyak pendedahan, mereka banyak kemampuan untuk menjalankan kerja rumah.
Pertama kali, mestilah ditunjukkan cara.
KETIGA
Bagi anak-anak yang berusia 5-7 tahun,
mereka sudah mula mempunyai kekuatan dan sazi fizikal yang lebih ‘steady’ dan
seimbang.
Mereka boleh mula mengambil cabaran tugas
lebih serius seperti memandikan adik berumur 3 tahun di bilik air. Ini, sudah
tentu perlu ada pemantauan ibu atau bapa.
Bagi tugas seperti membasuh pinggan
mangkuk, mereka sudah boleh mengendalikan pinggan dan perlatan yang mereka
gunakan dan membashnya. Periuk belanga yang bersaiz besar, kurang sesuai.
Memastikan pakaian kotor diletakkan ditenpatnya, seterusnya membasuh pakaian (dengan mesin basuh) sudah boleh dilakukan oleh anak-anak.
Pada usia ini juga, anak-anak sudah boleh
membasuh kasut sendiri. Meskipun pada peringkat awal mungkin kasut tidak
betul-betul putih, lama-kelamaan mereka akan nampak perbezaan warna putih dan
warna kasut mereka.
Akhirnya, putih dan bersihlah kasut mereka
itu.
SETERUSNYA…
Apabila anak-anak masuk keperingkat umur
lanjut, kita sebagai ibu bapa sudah tiada isu untuk mempunyai anak-anak yang
berdikari.
Selepas mereka mengausai kemahiran, situasi
seterusnya ialah isu motivasi, dorongan dan kehendak anak-anak terus melakukan
rutin harian dengan selesa dan gembira.
Anak-anak yang biasa dengan tugas berat,
kotor dan memenatkan, cenderung untuk mempunyai empati yang tinggi berbanding
anak-anak yang tidak ada pendedahan ini.
No comments:
Post a Comment