Noraminah Omar

Sunday, September 17, 2017

5 Cara Menerapkan Budaya dan Bahasa Baik di Rumah.

Tulisan kali ini, merupakan salah satu perkongsian sebagai panduan umum.
Hakikatnya, banyak perkara pilihan yang sesuai boleh kita buat.

Betapa kita sesak dan sibuk dengan tugasan hakiki, itulah juga keperluan kita menjadi ibu dan suri.

Selamat berjuang para ibu!




5 Cara Menerapkan Budaya dan Bahasa Baik di Rumah. 

1.     Gunakan nama panggilan hormat.

Nama panggilan kepada ibu bapa mestilah menggunakan panggilan hormat dan selesa. Samaada Mak, Ibu, Bonda, Abah, Ayah, Bapak. Manakala kepada adik beradik yang lebih tua, biasakan dengan panggilan Abang dan Kakak.

Apabila bersama pasangan, biasakan anak mendengar kita memanggil panggilan hormat sesama suami dan isteri. Abang, Sayang, atau panggilan nama khas di rumah adalah sesuai.

Apabila berada di luar  rumah, biasakan anak-anak mendengar kita sendiri menggunakan panggilan hormat.

Apabila berada dalam situasi khusus di kalangan saudara mara dan rakan dekat, terangkan tentang situasi itu. Anak-anak harus ada pendedahan tentang perbezaan panggilan dan kata nama yang digunakan dalam situasi khusus.

Sebagai contoh, semasa hadir majlis ‘reunion’ apabila dengan kawan rapat, membahasakan diri Aku, I, You, ia bukanlah bahasa rasmi. Ianya hanya khusus dalam kumpulan kecil dan perjumpaan tertutup sahaja.


2.     Budayakan menyahut apabila dipanggil.

Dalam suasana di rumah, sudah tentu kita biasa perlu memanggil dan menyahut panggilan. Budayakan menyahut panggilan serta-merta atau paling tidak selepas panggilan ketiga.

Jadikak juga budaya di mana anak-anak san ahli keluarga saling mengingatkan antara satu dengan yang lain untuk segera menyahut panggilan.


3.     Biasakan menyambut kepulangan.

Apabila di rumah, pasti kita akan keluar dan pulang semula atas banyak urusan meskipun sebentar. Biaskan supaya anak-anak dan ahli keluarga segera melihat keluar apabila ada yang memberi salam.

Sekiranya selamat baharulah pagar dibuka, dan jika sesuai sahaja baharulah dijemput masuk.

Manakala, apabila anak-anak atau ahli keluarga pulang sama ada dari kerja atau sekolah, biasakan mereka segeraa membantu membuka pintu. Bagi kita sebagai pasangan, perkara yang sama dilakukan kepada pasangan.

Kebiasaan menyambut kepulangan ini, merupakan salah satu ciri menghormati tetamu. Akhirnya membina kemahiran berdiplomasi secara tidak sedar.

4.     Dedahkan adab kebiasaan semasa makan.

Apabila berada di dapur, biasakan adanya anak-anak yang membantu banyak aktiviti secara bersama. Sekiranya tidak tahan dengan karenah mereka di dapur, paling tidak seminggu sekali, mestilah anak-anak biasa dengan adab dan rutin di dapur.

Apabila makan, biasakan anak-anak memanggil dan mendahulukan orang yan lebih tua. Apabila dengan izin baharulah mereka mula makan, Ianya adalah tanda dan buaya hormat dalam keluarga yang membina adab kepada orang lebih tua.

5.     Jadikan mengemas dan membersih sebagai rutin harian.

Apakah yang ada dengan rutin harian?

Rutin harian membolehkan anak-anak berfikir, menyusun jadual, bekerjasama dan mempunyai masa bersama dengan ahli keluarga.

Secara emosinya, anak-anak yang biasa dengan tugas rutin di rumah dapat membina mereka menjadi manusia dengan empati yang tinggi. Mereka punya kebolehan memahami dan berkongsi perasaan dan emosi dengan orang lain.


Ini berlaku dengan cara yang baik dan selamat. Lama-kelamaan, mereka menguasai kemahiran menguruskan emosi dengan baik.



Noraminah Omar
Kajang, Selangor.

No comments:

Post a Comment